MYNEXT CAMPUS AMBASSADOR 2026/2027
Satu inisiatif strategik yang memanfaatkan pengaruh dan semangat pelajar untuk meningkatkan kesedaran terhadap inisiatif-inisiatif TalentCorp. Sertai kami untuk memperkasa persediaan kerjaya anda, membangunkan kemahiran insaniah yang penting, serta menyumbang kepada pembangunan bakat masa hadapan Malaysia.
Kami sedang mencari pelajar Malaysia (Tahun 1 atau Tahun 2) yang aktif di kampus, proaktif, kreatif, serta pengguna aktif media sosial.Â
Calon yang disenarai pendek akan menerima emel yang mengandungi jemputan kalendar bagi sesi temu duga dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas penghantaran permohonan.
📅 Tempoh Permohonan: Tarikh permohonan akan diumumkan di media sosial rasmi TalentCorp.Â